Thursday, August 26, 2010

Di mana kesilapanku???

Salam. macam orang gila lak aku rasa tulis kat ko sorang-sorang camni. rasa cam orang gila ah! Haha. ko nak tau tak! hidup aku lepas kite tak lagi bersama an(walaupon tak pernah) jadi macam kucar-kacir skit tau... ak rasa kekosongan yang mendalam diri aku nieh... aku rindu tapi tak pandai nk lepas rindu ak nie camne. Perasaan aku skrang bercampur-campur berbagai suka-duka pahit manis, masin, tawar, macam-macam cita rasa pon wujud. tapi an aku tk pandai nk luahkan kat sesiapa lagi. kau jelah tmpat aku luah segala-galanya!(Dulu) tapi sekrang aku lost.(hilang) tanpa arah. aduhai rindu nye aku kat ko!

Kau tau tak... tujuan utama aku minta klash ngun ko tuh! sebabnya... aku nak tengok sama ada kau mampu ke tak lepskan aku! aku nk tengok sama ada kau nie sayang ke tak aku! Aku ingtkan, kau akan kejar aku, pujuk ak gila-gila lepas aku minta break ngun kau. Aku ingt kau akan terus kejar aku. tapi hakikatnya tak! haha. Gila sudah aku nie...

Kau ingt tak, time aku mesej ko arituh an!. Bufday aku lak tuh. aku cakap kat ko. yang aku dh letih mengejar ko. bukan sebab aku ak dh jemu ngun kau, tapi sebab aku takot aku kejar-kejar ko. tapi ko tkde perasaan langsung kt aku. Sebabtu lah aku buat keputusan tok tengok camne ko sayang aku! aku ingtkan kau akan cuba pujuk aku. belai-belai skit perasaan aku nie. cuba bagi kata-kata jiwang. tapi kau hanye hormat keputusan aku dan delete facebook aku?! wooooh. sedihnye aku. perasaan sedih aku time tuh. tak dapat nk dibyangkan.

Cuba kau bayangkan perasaan aku cmne. kita dhlah duduk jauh-jauh, aku tak pasti sama ada kau dapat ke tak setia atau tetap sayang aku. Aku bingung, kau ngun aku tk dapat kontak sepnjng masa, aku tau yg kita msing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. tapi aku mengharap time weekend kita dapat lah chit-chat ke, koling-koling ke. tapi kau tknak aku kol! ko jarang online. aku tk dpat nk luahkan rindu aku nie. cuba bayangkan perasaan aku time tuh camne. aku kecik hati. tpi aku tetap bersabar. sebab aku masih sayang kau! Dan persoalan yg selalu berlegar di pikiranku, kau sayang aku lagi ke tak? aku sesat, dan hilang arah tuju.

Disebabkan tuh lah. aku mengambil keputusan untuk melepaskan ko dengan mmbuat crite bahawa aku tk lagi sayang ko! dengan harapan kau akan pujuk aku atau meratap kesedihan pemergian aku. tapi bukan tuh yang aku dapat. apa yang aku dapaT? kene delete dari facebook kau! wahahaha.....(menangis)

Disini aku akan menghuraikan, dua hipotesis atas tindakan kau tuh!
Yang pertama...
Adakah aku bodoh?? adakah aku bodoh dengan keputusan yang aku ambil? adakah aku bodoh dengan melepaskan kau pergi? adkah aku bodoh dengan keputusan yang aku buat diwaktu tu? Adakah aku bodoh dengan melukakan hati kau. Adakah aku bodoh dengan menduga atau mencurigai kesetian kau kepada aku. sehinggakan kau terlampau kecil hati dan mengmbil keputusan tok melupakan aku selama-lamanya? Adakah aku bodoh??

Yang kedua...
Atau pon... adakah aku bodoh dengan selama ini aku setia kepada kau. dan keputusan yang aku ambil tuh adalah jawapan kepada kesetian kau kepada aku! Dan aku bodoh selama ni kerana mengharap cinta yang tak ikhlas dari kau? Memang terbukti bahawa kau tidak sayang aku. sebab kau tk mengejar atau cuba memujuk aku. tapi kau hanya meng'iyakan sahaja. soz? adakah aku bodoh selama ni? mengharpkan kasih sayang yang tk ikhlas dari kau??

Dua situasi di-atas, terang menjelaskan kebodohan aku, sama ada. aku bodoh melukakan hati kau. atau aku bodoh selama nie aku terlmpau sayang kau sehinggakan penglihatan aku kabur dengan ketidakikhlasan kau! haha. tergelak aku sorang-sorang. dalam due konklusi tersebut. aku masih lagi bodoh. aku masih lagi bodoh dengan mencintai seorang wanita yang muncul bak bidadari yang jatuh dari syurga, lemah lmbut suara mu melembutkan hatiku, aku menjadi lemah, dan aku jatuh kerana kelembutan dan kesopanan kata-kata mu. kaulah wanita yang ku cintai. Inginku peristerikan kau sekrang! kaulah milik ku! tapi adakah dengan kebodohan aku selama ni, mmbuatkan kita tidak lagi bersatu? mmbuatkan janji-janji manisku diwaktu dlu hanya tinggal kenangan dan omong-omongan kosong? Di mana silap ku? Adakah kerana ku sangat mencitai dirimu, sehinggakan aku jatuh tidak terbngun mengenang kebodohan di dalam diri ini...

Tapi aku bertindak angkuh, aku tidak menunjukkan kelemahan ku, aku hanya bersnyap, tidak mengmbil tindakan, hanya menunggu masa yang tentukan tkdir kita berdua... adakah pilihanku yang terbaik? ataupon patutkah ku menjelaskan segala isi hati ini? supaya kau tahu betapa sucinya cinta ku pada mu???

No comments:

Post a Comment