Monday, August 23, 2010

islamkan sekolah? or sekolah tanpa Islam?

mereka cakap. satu sekolah tok semua tidak dapat dilaksanakan sebab SK tuh sendri yang tidak capai mutu sebagai SJK.
Di sekolah Sk, terlalu Islam? Erm What? Baik ke kalau terlalu Islam? Tapi itu apa yang sepatutunya kita buat, untuk memartabatkan Islam, untuk memberi dakwah kepada Islam. Tapi setengah non-bumi, cakap smpai ckgu yang datang kelas lmbat sebb sembahyang? huh pukul 9 baru smpai? So. kalau kita mengislamkan sekolah, akan menjadi fitnah kepada agama lain. Tapi kalau kita tidak mengislamkan skolah. dimana kita dapat terapkan nilai-nilai agama dalam diri generasi muda kita?

Kalau mereka tk dapat nk bertolak ansur terhadap bacaan doa, ketika di bulan ramadan, ramai ckgu sendri yang mengutuk mereka non-muslim kerana makan dihadapan mereka! hei! Di bulan puasa, memang wajib ah korang kene tempuh bnyak dugaan! takkan lah orang makan depan korang pon korang tak dapat terima. nie plk dikutuk! Islam menjadi fitnah kepada mereka yang tak faham islam dan berckap atas dasar perasaan dan nafsu jew! tolong lah berfikir lah sejauh mungkin!

Apakah implikasi atas tindakan korang tu? ke atas budak kecik lak tuh. yang tk paham apa tuh puasa. ke atas non-muslim! woi! mereka akan fikir macam-macam pasal Islam. Puasa membebankan orang Islam smpai ada tahap kutuk-mengutuk! puasa mmbuatkan orang islam menjadi lemah! puasa adalah bulan yang lemah! tidak berkerja! tidur! saling bermasam-muka!
Tapi untuk pengetahuan korang semua! di bulan nie lah kita menunjukkan kehebatan Islam! biarpon kita berlapar! biarpon kita dahaga! biarpon kita lemah dan sebagainya! tapi kita tetap dengan semangat berkobar-kobar melaksanakan tanggungjawab! kita bersabar! kita makin mantapkan diri dalam beribadat! kita senyum! jgn komplain! tapi apabila tidakan korang yan gmeletakkan nafsu! dan perasaan emosional atas segala-galanya! macam tu lah jadinya! Islam menjadi fitnah! Orang berfikiran buruk atas Islam!

Korang yang bersalah!

So timbul lagi satu masalah kepada negara! Orang non-malay tknak satukan sekolah kebangsaan! sebab takot anak-anak mereka dicaci cela dan di'islamkan oleh "islam negetif" ciptaan kita senderi! orang takot nk pergi ke Islam! so mana solusi nya?

Keluarkan Islam dari sekolah? Atopon abaikan satu sekolah? dan membiarkan perpecahan kaum dan negara menjadi tidak bersatu padu. Biarkan generasi yang akan datang tidak bersatu! Biarkan mereka tidak dapat mentadbir negara dengan aman! Sedagkan negara kita Islam! Dan negara Islam tidak bersatu-padu! negara Islam tak pandai menyatu-padukan rakyat nya yang berlainan kaum dan agama! Agama Islam bagi mereka tidak sempurna! Soz agama tidak boleh menjadi tunjang kepada perlembagaan! So, inilah persepsi mereka terhadap Islam, dan mereka yang tidak berpelajaran, dan meletakkan emosi lebih dari segalanya mnjadi punca atas semua fitnah nie! tak rase cam dosa tuh besar ke? Fitnah kan Islam.

Allahuakbar. Satukan hati kami yaAllah......

No comments:

Post a Comment